Saturday, 17 May 2014

FAKTA BATU KARANG YANG MESTI KITA AMBIL TAHU

Bila sebut batu karang saya teringat ada patient yang datang klinik menghidap batu karang, memang nampak menderita. sakitnya hanya Allah yang tahu. Dia pun tak segan silu dah merintih dek kerana kesakitan yang ditanggung. Jadi hari ni kita studi sikit apa itu batu karang, macam mana ia terjadi dan bagaimana untuk mengubatinya.. JOM


Risiko Terjadinya Batu Karang


punca batu k
  1. Kurang air : Jika tidak minum air yang cukup terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Jadi individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

  2. Sejarah keluarga atau sendiri : Masalah batu karang juga disebabkan faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

  3. Umur : Kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

  4. Jantina : Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

  5. Penyakit tertentu : Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria iaitu masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang. Individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.

  6. Kesan sampingan ubat : Sesetengah ubat seperti ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

  7. Pemakanan : Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meningkatkan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

  8. Kurang bergerak : Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.


Ada Empat Jenis Batu Karang


kidney_stone_s4
  1. Batu kalsium : Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

  2. Batu struvite : Berlaku lebih kerap kepada wanita berbanding lelaki. Biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik daripada bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

  3. Batu asid urik : Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

  4. Batu sistein : Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan asid amino yang berlebihan.


Batu Karang Didalam Ginjal (Buah pinggang)

Terjadi akibat pertumbuhan kristal halus daripada beberapa jenis kimia seperti kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine serta magnesiam pospat ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf.

Kebanyakan batu tumbuh dan membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah lalu masuk ke dalam saluran kencing dan menjadi bertambah besar. Masalah akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar hingga mengakibatkan gangguan kepada aliran air kencing.



Batu Karang Dalam Hempedu

Hati menghasilkan hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu hingga diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil.

Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) yang akan mula memecahkan lemak dalam makanan.

Tetapi, jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ini akan membentuk partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar. Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.



Langkah Mengatasi Masalah Batu Karang


  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.


 Tanda-tanda anda menghidapi Penyakit Batu Karang

  • Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

  • Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

  • Air kencing berdarah.

  • Air kencing keruh dan berbau busuk.

  • Mual dan muntah.

  • Sentiasa terasa hendak kencing.

  • Demam dan menggigil (jika ada jangkitan)



 Set Shaklee yang dicadangkan:-

set batu karang

B-Complex - menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang

Vita-C – mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid

OsteMatrix - mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang

Alfalfa Complex – mengurangkan infeksi & inflamasi

Lecithin – membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang

ESP – sebagai pegganti protein haiwan dan bebas kolestrol


 

Berminat Untuk Dapatkannya?



Wednesday, 14 May 2014

PERBEZAAN NUTRI WHITE DAN ENFUSELLE


NUTRIWHITE
Sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai kulit yang sensitif (kulit normal)
Muka kering tetapi minyak hanya di zone T
Muka berminyak
Tiada masalah jerawat
Bertindak sebagai set muka yang normal



ENFUSELLE
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif
Masalah kulit berminyak atau kering
Masih mempunyai masalah jerawat
Bertindak sebagai set muka yang membantu mengurangkan masalah kulit (memperbaiki) 

Nasihat saya kalau nak cuba mana-mana set, cuba dulu pencuci dia. biasanya kalau serasi dengan kulit kita, maksudnya boleh la cuba untuk yang lain-lain. 

Nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya 

Tuesday, 13 May 2014

APA BEZA ESP DAN SOYA BIASA YANG WAJIB TAHU



Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan...makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan ambil...

ESP ialah protein..kenapa protein penting?

  • Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

part tu sure dah tau kan..so..nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?? JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
SUMBER : MAMA RIN OSF

Monday, 12 May 2014


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX 

YANG WAJIB ANDA TAHU


Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?


Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.



Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.





KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.





KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah)


Sunday, 11 May 2014


PETUA MELEGAKAN SAKIT GIGI


Petua 1:
Gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang,tumbuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas.


Petua 2:
Ambil isi lidah buaya dan diletakkan pada tempat yang sakit. 2-4 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.


Petua 3:
Ambil satu sudu teh garam ke dalam secawan air hangat. Setelah melarut gunakanlah untuk berkumur sehingga sakit gigi reda.


Petua 4:
Ambil 10-15 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan.Berkumurlah dengan air daun sirih sehingga sakit gigi hilang.


Petua 5:
Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.


Petua 6 :
Cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus untuk mengurangkan sakit gigi.


Petua 7 :
Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.


Petua 8:
Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.


Petua 9 :
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.


Petua 10 :
Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan ramuan tersebut ke dalam gigi berlubang.


Petua 11:
Ambil betik muda yang mempunyai banyak getah.Kemudian getah tersebut dititiskan pada lubang gigi yang sakit itu dengan menggunakan kapas.Elakkan daripada terkena lidah kerana ia akan menimbulkan rasa gatal sekiranya terkena.


Petua 12:
Ambil getah pokok kemboja dan letakkan ke dalam gigi yang berlubang. Jika gusi pula bengkak maka sapukan getah tadi di tempat yang bengkak.


Petua 13:Campurkan sedikit air suam dengan sedikit cuka. Berkumurlah dengan campuran tadi untuk mengurangkan sakit gigi.

Petua 14 :
Ambil kapas dan dijadikan bebola. Celupkan ke dalam minyak masak yang telah digunakan. Letakkan ke dalam piring lalu bakar kapas sekejap dan jangan sampai jadi abu. Padamkan api dan letakkan kapas tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Perlu diberi perhatian jangan terkena gusi.



Petua 15:
Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah untuk mengurangkan sakit gigi.


Petua 16:
Ambil akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur.


Petua 17 :
Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.


Petua 18:
Letakkan campuran serbuk lada dan minyak bunga cengkih pada gusi dan gigi berlubang.


Petua 19:
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit.Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut.


Petua 20 :
Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.


Petua 21 :
Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.


Petua 22:
Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.


Petua 23:
Daun sirih yang sudah diletakkan minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturut-turut.


Petua 24 :
Ambil tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi. Garam dapat menahan pengaliran darah.


Petua 25:
Ambil sepotong kecil bawang merah dan tempatkan pada bahagian gigi yang sakit untuk meredakan gigi yang sedang sakit.Mengunyah bawang merah selama 3 minit dinyatakan cukup untuk membunuh semua kuman di mulut.

SUMBER : LAMAN WEB RASMI HOSPITAL SEBERANG JAYA PULAU PINANG

Friday, 9 May 2014


Bagaimana Meal Shakes dapat membantu anak-anak sentiasa sihat dan aktif ?



Khasiat Meal ShakesKesan positif kepada anak
Mengandungi asid folik, Biotin, kalsium dan Magnesium.Dapat membantu membina tulang dan sel-sel dalam proses tumbesaram
Kaya dengan sumber protein.Dapat membantu menyihatkan sel-sel dalam badan.
Mengandungi Vitamin A, C, E, Zink dan seleniumSebagai anti oksidan untuk badan anak-anak.
Mengandungi vitamin B dan Besi (Iron)Membantu membentuk sel darah merah yang sihat.
Rendah glisemik dan lemakMemberi kekenyangan yang lebih lama kepada anak-anak.
Lengkap dengan 24 jenis Vitamin dan Mineral.Menambahkan tenaga untuk anak-anak kekal bertenaga dan aktif.
Minuman multivitamin perasa vanilla yang lengkap, tanpa pewarna dan gula tiruan.Mudah diminum dan dihadam oleh anak-anak kerana rasanya yang lemak berkrim.
 
Dapatkan mealshake pada harga promosi 




20 RESEPI MEALSHAKE SHAKLEE YANG TERLAJAK SEDAP


20 RESEPI MEALSHAKE SHAKLEE YANG TERLAJAK SEDAP





Anak tak lalu makan memang sungguh merisaukan, tambah lagi kalau berat badan tak naik-naik dan sering selsema, demam dan batuk-batuk. Of course sebagai ibu yang prihatin kita mesti put in effort untuk menaikkan selera anak-anak. Apa kata cuba add in mealshake dalam menu makanan anak-anak anda.

Jom kita lihat senarai resepi terbaik mealshake.

1. Mealshake + air suam

2. Mealshake + Fresh Milk

3. Mealshake + ESP + Perfomance Drink

4. Mealshake + Oat (Serbuk sahaja, tak perlu campur air)

5. Mealshake + Air suam + Ais (Nak lebih marveles, letak dalam peti sejuk sebelum diminum)

6. Spagetti mealshake

7. Mealshake Cornflakes

8. Oatmeal mealshake (bancuh dengan air)

9. Ais Blended Mealshake + Milo + Susu manis

10. Mealshake + susu formula (kegemaran ibu-ibu .. paling senang)

11) SMOOTHIES MEAL SHAKES
      1-2 cawan fresh milk
      1 sudu Meal Shakes
      1 sudu ESP
      Frozen Fruit (pisang/berries/Strawberry)
      Ais
     *Campur semua dalam blender, pastu blend :)


12) AISKRIM MEAL SHAKES
      2 sudu Meal Shakes
      1 sudu besar Milo
      1 gelas Air Masak
    *Boleh juga campur dengan Fresh Milk atau Formula Milk
    *Shake-shake dan letak dalam acuan aiskrim. 


13. Oatcheesekut with mealshake 
(klik pautan http://www.salwasaleh.com/2014/04/resepi-oat-cheesekut-dengan-meal-shake.html)

14. Mealshake + Ribena

15. Mealshake + Tamar koko

16. Mealshake + Air Twister 

17. Choc Oreo Mealshake 
(klik disini http://igloomama.blogspot.com/2013/07/resepi-meal-shake-nyum2.html)

18. Mealshake Snow Powder
 (klik disini http://igloomama.blogspot.com/2013/07/resepi-meal-shake-nyum2.html)

19. Mealshake + Yogurt Strawberry

20. Agar-agar Mealshake 


fuuhh.. banyak betul resepinya. Jom cuba.