Sunday 20 April 2014


Master Celebration : Master Azrin & Nor Azmie


Alhamdulillah, syukur. Itu sahaja yang dapat saya katakan setelah menghadiri majlis meraikan kejayaan yang sangat gilang gemilang bagi seorang shaklees.. hihikk.. Kejayaan menjadi master coordinator yang merupakan pangkat tertinggi dalam perjalanan shaklees. Ya, ianya bukan senang. Pasti banyak jerit parih dan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencapai takhta tersebut. Tahniah!!!


Saya mahu bercerita panjang tetapi mengenangkan tugas hakiki yang menanti, jadi saya tamatkan di sini dulu dengan sedikit gambar-gambar yang sempat di ambil. Masih banyak moment yang menarik tidak dirakam. Biarlah ia terakam dalam memori saya sahaja. 





Nabilah tanya mana gambar badut?? opss terlupa nak ambil gambar badut yang kepenatan membuat belon bagi anak-anak. Terima kasih sebab menghiburkan budak2 tu. Jadi tak delah sangat yang meragam dan kebosanan. Sampai tercabut hidung pak cik badut. huhuhu. 

OK. Saya pergi dulu. nabilah pun dah panggil tu. 




Wednesday 16 April 2014


BEKERJA DI RUMAH 


Bestkan walau pun bekerja di rumah tetapi memiliki ofis sendiri. Nak best lagi boleh dressing macam orang kerja pejabat. Bekerja di rumah ada senang dan susahnya. Itulah yang dapat saya katakan setelah mula menceburi bidang ini selepas berkahwin. Memandangkan saya berkahwin terus gear 5, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja atau bekerja dengan masa yang lebih fleksibel. 

Alhamdulillah, bos saya memahami dan membenarkan saya bekerja di rumah dengan syarat kerja siap dan sekali sekala perlu juga ke sana sekiranya perlu dan update apa yang patut. 

Rutin kerja saya bermula di awal pagi menyediakan sarapan dan bekal anak-anak ke sekolah. Kemudian menjadi supir menghantar mereka terus ke sekolah, Alhamdulillah semuanya bersekolah di sekolah yang sama di Sri Al-Amin Bangi. Perjalanan 23km ini mengambil masa lebih kurang 30 minit. 

Selepas itu biasanya saya terus pulang ke rumah, sekali sekala sahaja ke Pusat Rawatan Mesra atau menguruskan urusan luar seperti urusan di bank, di pejabat pos dan lain-lain. 

Cabarannya bermula apabila saya nak masuk ofis kerana pada masa yang sama home schooling juga perlu untuk Nabilah. Disebabkan dia sekarang ni dah banyak cakap dan dah pandai macam-macam, jadi dia sentiasa mengajak saya bermain atau menulis. Kesian, kalau tak diikutkan. Tak sampai hati sebab dia juga sangat sopan dengan kata-katanya yang manis. umi jom main jom main, umi nak cucu boleh tak, jom main kat luar dan macam-macam lagi ajakannya yang mesti dipenuhi. 
(Nabilah bersama along, angah dan umi)

Strateginya perlu melayan dia main sampai keletihan dan biasanya dalam pukul 1pm lebih dia dah tidur. Baki masa yang saya ada tidak banyak untuk berada di ofis sebelum memulakan penyupiran mengambil anak-anak dari al amin. Tengok keadaan sekiranya tiada aktiviti petang, sekolah akan tamat pada jam 3.40 pm. Sekiranya ada aktiviti petang pukul 5.30 pm barulah saya menjemput mereka di sekolah. Seperti biasa perjalan pergi dan balik memakan masa 1 jam lebih. 

Tugas memasak hanya bermula selepas solat asar, saya ni suka buat kerja kalut dan konon bizi. Masa ni la berperang dengan memasak, mencuci pinggan dan urusan lain seperti mengangkat baju dari ampaian atau membasuh baju. Biar nampak hebat, boleh buat 8 kerja dalam satu masa. hahahahahha. Kami menikmati hidangan makan malam sebelum maghrib kerana selepas maghrib, anak-anak akan sibuk dengan urusan kerja sekolah, mengaji dan membuat persediaan untuk keesokan harinya. Tengok keadaan kalau homework yang memerlukan bimbingan maka saya akan jadi home tutor mereka. Sekiranya tidak, saya sudah boleh memikirkan urusan untuk esok hari. 

I try to be manageable person but almost i can't. Its ok practise make perfect. Selain dari kerja hakiki sebagai freelance di Pusat Rawatan Mesra, saya juga menjalankan bisnes di rumah. Ya saya SID shaklee. Saya juga Stormreaders member. One stop centre islamic magazine, Minsyam Product, Islamic Books, Perfumes and so many more. boleh layari www.stormreaders.net/AidaRosniza. 

Sebelum menamatkan coretan ini, sila layan gambar-gambar home ofis di bawah untuk mencuci mata. 






Home office mana pilihan anda?? 



Tuesday 15 April 2014

PENTING KE OMEGA GUARD (EPA DAN DHA) ?? 

Saya merasa terpanggil untuk membicarakan tentang keperluan EPA dan DHA kepada ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi. Melalui pengalaman saya mengandungkan dan menyusukan nabilah, saya melihat perkembangan yang positif kepada keupayaan otaknya. Alhamdulillah. Semoga lebih ramai ibu di luar sana yang tahu kepentingan omega 3 (minyak ikan) kepada anaknya. 
(Nabilah bersama along dan bang chik)
Apakah itu Acid Lemak Omega 3?
• Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ia tidak dihasilkan oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.


• Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA dan DHA. Setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu.  Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?

• Penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. 
Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. 
Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. 
Penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.

• Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung.
Apakah Makanan Yang Mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?

• Sumber EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. 
Berapakah Minyak Ikan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung?

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menubuhkan carta dos minimum yang berikut yang disyorkan:
• Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA
• Kanak-kanak (1,5-15 yrs): 15 mg / lb EPA + DHA
• Dewasa (15-115 yrs): 500 mg EPA + DHA (Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
• Wanita mengandung dan menyusu: 300 mg DHA setiap hari
Lebih mudah anda hanya perlu memesan omega guard shaklee dari saya. Mudah kan? 



Sunday 13 April 2014

Pil Perancang, Berat badan, Exercise dan Latihan menulis....

Hari ni merupakan hari temujanji dengan klinik kesihatan. dah 2 tahun rupanya saya ambil pil perancang dan rasanya after Mei saya akan stop ambil pil perancang ni. Kesian vitamin-vitamin dalam badan saya yang merosot akibat pengambilan pil perancang ni. Saya selesa merancang dengan kaedah pil. Period teratur dan kita tahu bila kita akan period dan bila period habis. seronok kan??? Tapi sampai bila saya nak asyik  telan pil. Ni pil yang saya ambil secara percuma di Klinik Kesihatan Dengkil. Terima kasih. (selamat duit poket saya)

Tapi nurse kata berat badan saya naik banyak..heheheh. daripada 57kg masa start ambil pil dan sekarang 64kg. Banyak ke? saya rasa biasa-biasa saje.


Kata nurse lagi, bila umur kita bertambah kadar metabolisme kita makin menurun. Jadi kena lebihkan exercise dan jaga makan. hahahahaha. Saya ni bukannya nak makan sangat tapi sebab nak habiskan makanan je. nyum.nyum.nyum.. Senang nak kemas meja makan dan kemas peti ais. makanan selamat dimasukkan ke dalam perut.


Ok, rasanya cukuplah setakat ni dulu coretan latihan menulis saya. Saya kena berazam untuk update blog setiap hari. Sifu saya kata mesti update blog. Thanks yaa..my sifu tipsihatselalu.blogspot.com